September 29, 2011

DEAR BRIDES TO BE :
I spend endless hours researching color trend a year in advance.A few color combos such as
Teal and Coral
Vintage purple and Sky Blue
emerald and Cream
Mauve and Wine
Lilac and Sky Blue
Wine and Blush Pink
Sky Blue and light yellow
Mocha and Blush Pink
Warm Gray and any Pink or Coral or Blue or purple
Olive and Mauve
Mint and Vintage Purple

Your favorite colors. Creating a truly unique and elegant wedding theme and color scheme is easy. Following are some ideas for color schemes for you:
-If you like purples try ~ Lilac, Lavender, Periwinkle, Purple, add Sky Blue as an accent.
-If you love bright pink try ~ Hot pink, Fuchsia, Light pink, Red, add Lime or Tangerine as your accent color!
-If you adore warm oranges try ~ Tangerine, Coral, Red, add soft Violet, Sky Blue or Fuchsia as your accent color.
-If you like burgundy try ~ Dark Green, Golds, champagne , Creams, add any of these as your accent.
-If you love blues try ~ Deep Ocean Blue, Navy Blue, Sky Blue, Periwinkle, add Tangerine, Silver or Sandy Brown as your accent.
-Fall colors ~ Burgundy, Dark Green, Navy Blue, Silver, Gold, Creams, Burnt Orange, Taupe, Brown and Plum.
- Winter colors ~ Red, Silver, White, Cream, Burgundy, Sky Blue, Navy Blue, Purple, Plum and Gold.
-Spring colors ~ Pink, Tangerine, Lilac, Periwinkle, Hot Pink, Fuchsia, Lime, Yellow, Cream, Soft Violet and White.
-Summer colors ~ Red, Yellow, Orange, Coral, Fuchsia, Blue, Sky Blue, Green, Lime, Lilac, Lavendar.

Go with your heart. Match all pieces of your wedding stationery, favors, guest book, napkins, table clothes, etc. This will make your special day visually appealing and reflect your personal creativity. It’s your special day! ENJOY!

September 13, 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Diantara tanda - tanda kebesaran Allah ialah menjadikan bagimu daripada jenismu pasangan - pasanganmu agar kamu mendapat ketenangan dengannya dan Dia menjadikan di antara kamu bersama kasih mesra dan rahman... 
(surah Al-Rum :21)
Idea merupakan angureah Allah yang tak ternilai. Disamping kepakaran yang telah dipelajari membuatkan kami benar-benar serius untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang diamanahkan. Mungkin Diluar sana ramai yang menceburi bidang yang sama seperti kami. Yang menjadi kelainan ZSD BRIDAL BOUTIQUE adalah kelainan yang ingin kami tunjolkan disamping dengan BAJET yang sangat berpatutan.

September 12, 2011

TIPS ZSD : KESALAHAN PALING UMUM DLM PERANCANG PERKAHWINAN & CARA MENGELAKKANNYA..

TIDAK BERKOMUNIKASI DENGAN EFEKTIF

Berkomunikasi secara terbuka dengan kedua-dua orang tua, pasangan anda dan juga mereka yang terlibat sama dalam membantu anda secara kewangan untuk majlis pernikahan anda adalah yang paling penting. Setelah anda mengumpulkan maklumat anda, dan diberikan beberapa pemikiran untuk apa yang penting bagi anda, sekarang adalah saatnya anda duduk berbincang dengan mereka yang akan terlibat dari segi kewangan.
Menentukan peraturan untuk majlis perkahwinan anda akan membantu anda memutuskan apa yang penting dan membolehkan anda untuk membuat anggaran yang realistik. Etika menyatakan bahawa pembahagian kos yang disepakati bersama adalah penting. Juga, untuk meminta seseorang untuk membayar sesuatu yang mereka tidak setuju, tidak kira apa pun, adalah tidak tepat.
Komunikasi yang jelas adalah penting sepanjang proses perancangan majlis perkahwinan anda. Sama ada anda berbincang dengan keluarga, rakan-rakan, atau perancang perkahwinan anda, nyatakan keinginan dan harapan anda dengan jelas. Ingat… ianya tidak mengapa, apa yang dikatakan dan dilakukan, sepertimana ianya akan dikatakan dan dilakukan. Di sini boleh melibatkan perasaan kecil hati dan sebagainya dan ia bergantung kepada bagaimana anda mengendalikan perkara-perkara tersebut.Jelas sekali.. berkomunikasi di kawasan yang mana anda merasa selesa membuat keputusan anda sendiri, serta di kawasan yang mana anda perlu dan mahu input lain. Peringatan lembut kadang-kadang perlu apabila seseorang itu membantah keinginan anda.
Dalam konfrontasi.. anda harus menjawab dengan tenang, lembut, namun tegas nada suara.. contohnya.. “Itu idea yang baik walaubagaimanapun, Malek dan saya telah berbincangkan dan kami telah memutuskan untuk melakukan ini..” .. Atau.. “Saya menghargai bantuan dan pendapat anda, walaubagaimanapun, saya fikir kita akan melakukannya terbaik dengan cara ini..”.. Apa apa pun.. Ingat!… Ambil nafas, bertenang, berbuat baik.”


TIDAK MENGAMBIL PERANCANG PERKAHWINAN YANG PROFESSIONAL

Ini adalah perkara yang benar, tidak ada pengganti bagi pengalaman dan kepakaran seorang perancang perkahwinan. Pengalaman berkaitan dengan latihan dan bilangan tahun amalan profesional seorang perancang perkahwinan. Kepakaran adalah sejauh mana profesionalnya perancang perkahwinan itu dalam pengalaman yang dijalankan. Rujukan adalah penting di sini, tetapi perasaan “intuisi seorang wanita” dapat melegakan anda. Jika ia merasakan betul, maka ianya mungkin adalah betul. Jika anda mempunyai banyak keraguan atau soalan tidak terjawab, anda akan mungkin lebih banyak melakukan membeli-belah…
Jika anda mahu majlis anda berjalan dengan lancar dan anda agak bimbang dalam proses perancangan perkahwinan, dan sambutannya… maka bergantunglah kepada mereka yang lebih pakar. Tiada siapa yang tahu perniagaan mereka lebih baik daripada mereka yang melakukannya. Mereka telah melihat dan melalui segala-galanya, menjadikan mereka sumber terbaik idea-idea kreatif, dan pakar di pengendalian apa jua cabaran.
Ramai bakal pengantin menyangka mereka menyimpan wang dan menjangkakan kerja seorang profesional, tetapi hanya akan kecewa di kemudian hari. Nora bertanya kepada kawan baiknya Lin, untuk menjaga bahagian gubahan bunga. Tetapi apabila Lin tiba dengan bunga tersebut, bukan sahaja merupakan warna semua salah, tetapi ianya kelihatan tidak seperti gambar yang telah disediakan. Bukan sahaja rakan Nora itu tidak menjalankan tugasnya dengan betul, tetapi ia meletakkan jurang yang teruk pada persahabatan mereka.
Berfikir dua kali sebelum anda bertanya kepada rakan-rakan atau menerima tawaran daripada saudara-mara untuk tanggungjawab utama dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Terdapat beribu-ribu kisah perhubungan yang menjangkau had , kerana kawan baik dan saudara mara yang berniat baik boleh menyebabkan peristiwa yang tidak diingini berlaku di majlis perkahwinan anda dari yang kecil kepada yang besar. Adalah lebih baik anda membuat kawan daripada menyuruh kawan anda menjadi perancang perkahwinan anda. Terdapat perancang perkahwinan yang profesional untuk memenuhi setiap bajet anda. Semak rujukan supaya anda berasa yakin bahawa anda memilih mereka yang profesional yang boleh anda harapkan. Dengan perkahwinan, anda tidak akan mendapat peluang kedua untuk mendapatkan yang betul!
Nota penting :
Jangan tunggu sehingga saat-saat akhir untuk mengupah perancang perkahwinan anda yang professional, yang terbaik adalah menempah enam bulan atau setahun lebih awal”

KONGSI TIPS DARI ZSD BRIDAL BOUTIQUE- RANCANG PERBELANJAAN KAHWIN..

Kebanyakan pasangan yang ingin melansungkan perkahwinan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman peribadi bagi menampung perbelanjaan. Adakah langkah berkenaan sesuatu yang perlu dilakukan pada zaman sekarang?

Pinjaman peribadi pada zaman sekarang adalah sesuatu yang mudah didapati dan kebanyakan institusi kewangan menawarkan kemudahan ini. Namun, saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang baik kerana hanya akan menyusahkan peminjam di kemudian hari.
Pada pandangan saya, meminjam duit untuk menjana duit yang lebih banyak adalah sesuatu yang bijak. Namun, sekiranya membuat pinjaman semata-mata untuk membelanjakannya adalah sesuatu yang merugikan.Tetapi, disebabkan keadaan mendesak, terdapat segelintir pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan terpaksa membuat pinjaman peribadi.

Adakah cara lain untuk mendapatkan wang bagi melangsungkan perkahwinan selain membuat pinjaman peribadi?

Selain membuat pinjaman peribadi, pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masih boleh mengumpul wang secukupnya untuk hari bahagia mereka.Malah, jika konsisten dan mampu menahan diri daripada membelanjakan gaji bulanan untuk perkara yang tidak penting, mereka yang mempunyai gaji minimum RM1,000 boleh mengumpul sehingga RM15,000 dalam tempoh kurang dua tahun.Bagaimanapun, terdapat perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan proses mengumpul duit dapat dilakukan dengan sempurna.Langkah pertama adalah dengan mengawal perbelanjaan serta mengelak diri daripada membelanjakan wang untuk perkara yang kurang penting seperti menonton wayang, melancong, berkaraoke atau membeli perabot tidak perlu. Selain itu, bakal pengantin juga perlu mengelak daripada menambah hutang atau membuat hutang baru seperti membeli kereta atau berbelanja menggunakan kad kredit.

Selain mengikut saranan yang diberi, apakah cara lain untuk membantu bakal pengantin mendapatkan wang mencukupi?

Perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan menukar gaya hidup masing-masing. Jika selama ini kebanyakan individu hanya membuat simpanan selepas berbelanja, maka mereka perlu mengenepikan kira-kira 10 peratus daripada gaji diterima untuk simpanan. Selepas membuat bayaran bil utiliti, mereka perlu menyimpan untuk diri sendiri.

Apakah saranan yang boleh diberi kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan tanpa membuat pinjaman peribadi?

Walaupun agak sukar mengumpul wang, tindakan mengumpul duit sendiri bagi melangsungkan perkahwinan adalah sangat bijak. Ini kerana kebanyakan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tidak mengetahui cabaran selepas selamat diijabkabulkan. Cabaran mengumpul wang menjadikan seseorang itu lebih matang dan menghargai wang yang dimiliki. Tetapi sekiranya mereka mengambil keputusan membuat pinjaman, maka pada masa akan datang kemungkinan untuk membuat pinjaman lain boleh terjadi.

Apakah nasihat untuk mereka yang ingin berusaha mengumpul wang sendiri bagi melangsungkan perkahwinan.
  
Apa yang paling penting adalah mengukur baju di badan sendiri. Jangan berbelanja di luar kemampuan atau menginginkan majlis yang luar biasa atas alasan perkahwinan itu sekali dalam seumur hidup. Berbelanjalah secara sederhana mengikut kemampuan anda. Malah, kami  juga menasihatkan  bagi mereka yang mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga agar merancang dari awal kerana ia akan menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan.