August 13, 2011

BIOGRAFI

Setelah bergelumang dalam dunia kewartawanan dan komunikasi di Malaysia, sejak 2002 akhirnya bekas wartawan penyiaran & majalah (TV3, Media Hiburan, Majalah Pesona Pengantin) dan penolong editor Majalah Pesona Pengantin (terbitan Kumpulan Media Karangkraf) Puan Zetty Sakina Dewi Zainodin, akhirnya mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dalam bidang rekaan fesyen busana & dekorasi buat pengantin. Selama 8 tahun dalam Majalah Pesona Pengantin, beliau begitu sinonim dengan dengan industri perkahwinan masa kini.. Dengan tertubuhnya ZSD Bridal Boutique, by Zetty Zainodin, beliau dapat berkongsi idea dan pengalaman dalam bidang kreatif yang amat diminatinya ini.Berpengalaman dalam bekerjasama dengan pelbagai artis-artis tersohor tanahair seperti Dato Siti Nurhaliza, Camelia, Bienda, Misha Omar, Ezellyn, Acha Septriasa, Ziana Zain, Waheda, Ramlah Ram, Liza Hanim, Deana Yusof,Tengku Azura, (sekadar menyebut beberapa nama) malah ramai lagi untuk dinyatakan satu persatu di sini. Selain daripada itu pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini telah memberikan beliau bekerja dengan ramai pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Zang Toi, Bill Keith, Syarifah Kirana, Radzuan Radzwill, Rizalman, Calvin Thoo, Jedan,  Man Kajang, Shahir Nurdin, Sheila Mohamad dan ramai lagi telah memberikan pendedahan awal dalam bidang fesyen dan rekaan pakaian dan peluang ini menjadikan asas dalam menterjemah perjalanan karya fesyen busana & dekorasi  beliau di ZSD Bridal Boutique.
Oleh itu, ZSD Bridal Boutique ingin menjemput anda semua untuk mencuba dan menghayati pelbagai rekaan fesyen, dekorasi dan kreativiti dari butik ini,  dan pastinya suatu pengalaman indah yang akan menjadi ingatan abadi anda menanti bersama sentuhan penuh kreatif kami. 

SEBAHAGIAN FOTO SEWAKTU BERTUGAS DI MAJALAH PESONA PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA TEAM MAJALAH PESONA PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA NIEL SEWAKTU SHOOTING COVER MAJALAH PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA INA NAIM SEWAKTU SHOOTING COVER MAJALAH

ZETTY ZAINODIN BERSAMA FARAH FAUZANA SEWAKTU SHOOTING COVER PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN SEWAKTU SHOOTING COVER PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA MODEL REBECCA DARI BRAZIL

ZETTY ZAINODIN BERSAMA JULIUS MODEL DARI BRAZIL

ZETTY ZAINODIN BERSAMA ZAHNITA WILSON

ZETTY ZAINODIN BERSAMA SARIYANTI

ZETTY ZAINODIN BERSAMA ANNA MODEL DARI ITALI

ZETTY ZAINODIN BERSAMA ANNA & KREW SEWAKTU SHOOTING FESYEN