August 25, 2011

PERADUAN BUAT BAKAL PENGANTIN...

Kami di ZSD Bridal Boutique akan mengadakan voucher tunai sebanyak RM 200 untuk 20 pemenang yang mengambil bahagian dalam peraduan 'Kisah Cinta Kau & Aku' .. Luahkan kisah cinta anda, sebanyak 50 patah perkataan .. Dan menangi VOUCHER hebat ini.. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 September 2011.. Ayuh luahkan rasa cinta anda pada si dia... 
Emailkan kisah anda di zettyzainodin@yahoo.com

August 20, 2011

From wedding planning to event styling, we promise to create a splendid wedding of your dream..come and let's experience grandeur!!From wedding planning to event styling,our imagination, experience and expertise will help you experience an unforgettable wedding of your dream. We offer a luxury pick and mix services during our consultations.We go through options, products and services we can offer and then forward you a proposal with visuals that will help you understand our vision for your event.
Feel ease and hesitate free to call us for an appointment and remember, no two weddings are the same and that's why we work 'by appointment only' for your event.

Don't hesitate to call us at 012-2726721/012-2055297

August 13, 2011

BIOGRAFI

Setelah bergelumang dalam dunia kewartawanan dan komunikasi di Malaysia, sejak 2002 akhirnya bekas wartawan penyiaran & majalah (TV3, Media Hiburan, Majalah Pesona Pengantin) dan penolong editor Majalah Pesona Pengantin (terbitan Kumpulan Media Karangkraf) Puan Zetty Sakina Dewi Zainodin, akhirnya mengorak langkah setapak lagi ke hadapan dalam bidang rekaan fesyen busana & dekorasi buat pengantin. Selama 8 tahun dalam Majalah Pesona Pengantin, beliau begitu sinonim dengan dengan industri perkahwinan masa kini.. Dengan tertubuhnya ZSD Bridal Boutique, by Zetty Zainodin, beliau dapat berkongsi idea dan pengalaman dalam bidang kreatif yang amat diminatinya ini.Berpengalaman dalam bekerjasama dengan pelbagai artis-artis tersohor tanahair seperti Dato Siti Nurhaliza, Camelia, Bienda, Misha Omar, Ezellyn, Acha Septriasa, Ziana Zain, Waheda, Ramlah Ram, Liza Hanim, Deana Yusof,Tengku Azura, (sekadar menyebut beberapa nama) malah ramai lagi untuk dinyatakan satu persatu di sini. Selain daripada itu pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini telah memberikan beliau bekerja dengan ramai pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Zang Toi, Bill Keith, Syarifah Kirana, Radzuan Radzwill, Rizalman, Calvin Thoo, Jedan,  Man Kajang, Shahir Nurdin, Sheila Mohamad dan ramai lagi telah memberikan pendedahan awal dalam bidang fesyen dan rekaan pakaian dan peluang ini menjadikan asas dalam menterjemah perjalanan karya fesyen busana & dekorasi  beliau di ZSD Bridal Boutique.
Oleh itu, ZSD Bridal Boutique ingin menjemput anda semua untuk mencuba dan menghayati pelbagai rekaan fesyen, dekorasi dan kreativiti dari butik ini,  dan pastinya suatu pengalaman indah yang akan menjadi ingatan abadi anda menanti bersama sentuhan penuh kreatif kami. 

SEBAHAGIAN FOTO SEWAKTU BERTUGAS DI MAJALAH PESONA PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA TEAM MAJALAH PESONA PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA NIEL SEWAKTU SHOOTING COVER MAJALAH PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA INA NAIM SEWAKTU SHOOTING COVER MAJALAH

ZETTY ZAINODIN BERSAMA FARAH FAUZANA SEWAKTU SHOOTING COVER PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN SEWAKTU SHOOTING COVER PENGANTIN

ZETTY ZAINODIN BERSAMA MODEL REBECCA DARI BRAZIL

ZETTY ZAINODIN BERSAMA JULIUS MODEL DARI BRAZIL

ZETTY ZAINODIN BERSAMA ZAHNITA WILSON

ZETTY ZAINODIN BERSAMA SARIYANTI

ZETTY ZAINODIN BERSAMA ANNA MODEL DARI ITALI

ZETTY ZAINODIN BERSAMA ANNA & KREW SEWAKTU SHOOTING FESYEN

August 9, 2011

TINTA ZSD : RANCANG PILIHAN ANDA

         
           Kepada anda yang bakal bergelar raja sehari pasti menginginkan hari bahagia yang bakal berlangsung agar menjadi detik yang paling ceria dan paling manis dalam hidup anda. Justeru, persediaan untuk majlis perkahwinan anda perlu diatur dan dirancang dengan sebaik-baiknya agar ia berlangsung dengan jayanya.
          Tempahan Pakej Perkahwinan dan sebagainya atau seringkali disebut juga sebagai "weddingplanner" kini menjadi pilihan amat popular di mana sahaja di setiap upacara perkahwinan yang bakal berlangsung. Ia bertujuan membantu setiap bakal pengantin dalam merancang dan menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan keperluan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Kami di ZSD Bridal Boutique menawarkan pelbagai pakej hebat buat anda bakal pengantin..
         Namun demikian, untuk memilih pakej perkahwinan yang terbaik setiap bakal pengantin perlu bijak dalam menilai apa sahaja pakej yang ingin dipilih. Bagaimana untuk memilih dan apa yang hendak dipilih? Baiklah, secara mudahnya anda boleh mencuba untuk membuat beberapa perbandingan di antara sebilangan pakej perkahwinan yang ada ditawarkan di pasaran. Untuk membuat pilihan apa yang perlu dipastikan dan dititik beratkan adalah kualiti serta kos yang berpatutan. Di sini, kami lebih mementingkan kualiti dari kuantiti yang yang di tawarkan. Apa yang penting, mempelai di luar sana mampu tersenyum di hari bahagia itu nanti.
        Walau apapun, tidak kira apa sahaja pakej yang akan anda pilih, rancanglah terlebih dahulu perkahwinan anda sebaik-baiknya, sentiasa kawal perbelanjaan dan tetapkan bajet anda, jika tidak anda pasti dianggap boros dan tidak bijak berbelanja.
        Ya, tidak ada salahnya jika anda ingin berbelanja lebih kerana bak kata orang ia hanya berlangsung sekali seumur hidup, tetapi ingat anda perlu sentiasa bijak memilih dan merancang kerana untuk melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga memerlukan kesemua aspek ini.
      Kami di ZSD Bridal Boutique sentiasa doakan kesejahteraan kesemua bakal pengantin, mudah-mudahan anda berbahagia selamanya.



August 8, 2011

REALISASIKAN IMPIAN BAHAGIA DENGAN ZSD BRIDAL BOUTIQUE...

                   ZSD Bridal Boutique ditubuhkan untuk memahami dan memenuhi kehendak anda. Kami akan memastikan bahawa majlis perkahwinan anda unik dan istimewa. Team profesional kami akan memenuhi setiap detail majlis perkahwinan anda dari awal hingga akhir agar hari perkahwinan anda akan berlangsung dengan cukup sempurna. Anda hanya perlu santai dan menikmati hari terindah dalam hidup anda!
                  Buat bakal mempelai yang ingin melangsungkan hari bahagia, kami ada menyediakan beberapa jenis pakej  & promosi perkahwinan: Perlu di ingatkan, bahawa setiap pakej, boleh sentiasa diubah dan disuaipadan mengikut keperluan anda.
                 Anda boleh memilih salah satu pakej & promosi  atau menyarankan kepada kami idea-idea anda sendiri. Kami di ZSD Bridal Boutique, sentiasa mementingkan yang terbaik untuk anda dan kami amat berbesar hati mewujudkan impian anda! Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi kamidi talian 012-2726721/012-2055297.. Kebahagiaan anda adalah inspirasi kami.....

August 7, 2011

TINTA ZSD : 10 KESALAHAN PALING UMUM DLM RANCANG PERKAHWINAN...



TIDAK MEMILIKI ‘CLEAR EXPECTATIONS’ DARI HARAPAN ANDA SENDIRI
 
             Banyak masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh harapan bakal pengantin yang saling bertentangan. Anda tidak tahu jumlah pilihan dan keputusan yang anda perlu buat, tambahan pula dengan ada yang mencampur adukkannya dengan gejolak emosional. Cuba pisahkan di antara fantasi dan realiti kerana ianya akan membantu mengurangkan banyak sumber masalah dan merupakan kunci untuk mendefinasikan harapan anda sendiri.
            Sebelum anda mula membuat sebarang perancangan serta memutuskan apa yang sebenarnya penting bagi anda, buatlah seberapa banyak bacaan yang anda mampu tentang perkahwinan dan kemudian berusaha untuk asingkan fantasi dari kenyataan dan situasi anda…
            Putuskan apa keutamaan anda, apa tolak ansur yang berpotensi, dan apa yang membuang masa serta tenaga anda. Tindakan ini akan membantu dalam membuat perancangan perkahwinan serta budget anda lebih teratur. Ianya juga akan membantu dalam hubungan komunikasi yang lebih berkesan sesama ahli keluarga, perancang perkahwinan dan akhirnya, menjimatkan masa, stress dan wang.
TIDAK MELETAKKAN BUDGET  REALISTIK

           Masalah yang berkaitan dengan wang biasanya adalah penyebab stress lebih dari apapun dalam proses perancangan perkahwinan. Perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan, adalah dengan menetapkan anggaran budget yang realistik dan mematuhinya.
            Kebanyakkan pengantin menjadi begitu tertekan dengan kos perkahwinan hingga menyebabkan mereka kehilangan rasa seronok menjelang tibanya waktu majlis.. Jangan biarkan wang menghancurkan apa yang sepatutnya menjadi salah satu pengalaman yang paling indah serta menyeronokkan bagi anda dan keluarga anda. Tetapkan budget anda mengikut kemampuan dan pastikan anda mengikutinya.
Dengan adanya ‘budget’,  anda akan dapat menetapkan pelan tindakan yang akan menyelamatkan diri dari stress dan memberi anda kebebasan menjadi fleksibel untuk perkara yang paling penting bagi anda.
Kebanyakkan bakal pengantin tidak mempunyai panduan apakah kos yang akan termasuk di sepanjang perancangan perkahwinan. Maka, untuk menetapkan ‘budget’ anda, buatlah satu rumusan serta gambaran semua kos yang dijangkakan.. Cth : Budget untuk hantaran, hadiah untuk tetamu, pelamin, kek dan sebagainya. 
               Kami di ZSD Bridal Boutique insyaallah mampu merealisasikan impian anda mengikut bajet yang anda inginkan. Apa yang utama bagi kami, ialah kepuasan pelanggan di kemudian hari. Pastinya, anda dan pasangan mengimpikan perkahwinan yang tidak dapat dilupakan sehingga ke akhir hayat.... 


TINTA ZSD : KAHWIN MENJELANG RAMADHAN...



               Jika anda bertanya kepada orang tua-tua dahulu, boleh tak kahwin di saat hampirnya bulan Ramadhan atau bulan puasa? Sudah tentu mereka akan mengatakan tidak berapa sesuai, Mengapa tidak sesuai? Mesti ada sebab dan musababnya kan. Bagi anda dan sesiapa sahaja yang nak berkahwin, sudah tentu anda berkata bahawa sesuai, sebab apa, sebab tak sabar-sabar nak kahwin. Tapi, orang tua-tua berfikir lebih panjang daripada kita yang muda. Mungkin ada implikasi yang negative lebih banyak dari yang positif.
              Okey, mengapa orang tua-tua tak menggalakkan kahwin apabila menjelang Ramadhan?
Sudah tentu jawapannya adalah, takut si pengantin tidak dapat menahan hawa nafsu yang sedang bergelora, maklumlah baru berkahwin, perkara yang haram sebelum ini telah menjadi halal. Bimbang takut-takut anda terlajak hingga terlanjur bersama isteri anda.
Mungkin kita si bakal pengantin kata, takpa, boleh kawal, boleh control, mana tahu, tiba-tiba anda tak boleh kawal kerana tak dapat menahan nafsu yang membara, sampai tak sempat tunggu malam hari, kan bahaya tu…
              Biasanyanya, lepas kahwin orang pergi HONEYMOON, jadi jika anda kahwin menjelang puasa, takut tak sempat nak pergi honeymoon, bulan puasa pun sampai. Tak kan nak pergi honeymoon bulan puasa kot.Jika anda terlanjur, hukuman,denda yang dikenakan kepada anda adalah Kaffarah. Bukan setakat kaffarah, wajib mengqadha’ puasa yang terbatal itu. Kan berat tuuu….

Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.

Jadi, adakah anda mahu teruskan juga berkahwin dibulan Ramadhan, tepuk dada, Tanya Iman anda. Jika anda benar-benar yakin boleh control, teruskan, tetapi jika bimbang terkena kaffarah, tunggulah lepas raya baru kahwin…